Polis KK Tangkap 42 Individu Salah Guna Dadah

Polis menjalankan Ops Ice Breaker di sekitar kawasan Api-Api, Kg Lobou dan Kg Sembulan dari 4 hingga 6 Februari lepas.

KOTA KINABALU: Seramai 42 suspek berjaya ditangkap mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sepanjang tempoh antara 1-7 Februari di sekitar daerah ini.

Daripada jumlah terbabit, seramai 36 suspek terlibat adalah warga tempatan manakala baki yang lain pula warga asing dan berumur dalam lingkungan umur 17 – 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mengikut statistik minggu kajian terbabit, terdapat dua suspek yang ditangkap melalui Seksyen 39A (1) ADB 1952.

olis menjalankan Ops Ice Breaker di sekitar kawasan Api-Api, Kg Lobou dan Kg Sembulan dari 4 hingga 6 Februari lepas.

“Mereka disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah,” katanya, menerusi kenyataan medianya di sini, semalam, serta mengesahkan lebih 25 gram syabu turut dirampas.

Habibi berkata 15 suspek yang lain dipercayai memiliki dadah (Seksyen 12 (2) ADB 1952) dan 25 lagi positif ujian saringan awal air kencing (Seksyen 15 (1) akta sama).

olis menjalankan Ops Ice Breaker di sekitar kawasan Api-Api, Kg Lobou dan Kg Sembulan dari 4 hingga 6 Februari lepas.

Menurutnya, seramai 36 suspek terlibat adalah warga tempatan manakala baki yang lain pula warga asing serta berumur dalam lingkungan umur 17 sehingga 43 tahun.

Menyentuh mengenai kejayaan Ops Ice Breaker yang dijalankan pada 4 – 6 Februari pula, beliau berkata sebanyak tiga serbuan dijalankan di Api-Api, Kg Lobou dan Kg Sembulan.

“13 suspek ditahan dalam operasi ini melibatkan Seksyen 39A (1) ADB 1952 (seorang suspek), Seksyen 12 (2) akta sama (lapan) dan Seksyen 15 (1) (A) akta serupa (empat).

“Usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu sentiasa diperhebat dari masa ke semasa demi kesejahteraan dan ketenteraman awam,” katanya.

Utusan Borneo

1185