Jenazah Abam Bocey Selamat Dikebumikan

Jenazah Allahyarham Abam dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Jalan Sungai Pusu Batu 7, Gombak untuk disemadikan

GOMBAK – Jenazah pelawak terkenal, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Gombak Utara (Zakaria) kira-kira jam 5.10 petang untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Lebih 2,000 orang hadir di masjid berkenaan untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Achey, Fizo Omar, Tomok, Black dan AC Mizal.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey berusia lapan bulan.

Abam bersama Fad dan Achey menganggotai kumpulan Bocey dan pernah menjuarai Maharaja Lawak Mega pada 2017.

Sinar Harian

2080