Kudung Tangan Kiri, Adik Qalesha Rayu Bantuan Tangan Bionik

Sejak akhir-akhir ini, tiral di media sosial trend menyampaikan pesanan melalui kadbod membuatkan ramai netizen yang turut mahu mencubanya.

Tidak dinafikan, meskipun pesanannya ringkas tetapi menarik perhatian orang ramai untuk membacanya.

Bagi kanak-kanak peremupuan orang kelainan upaya (OKU) ini, dia menulis permintaannya untuk memiliki tangan bionik sehingga menimbulkan rasa sebak dalam kalangan netizen.

“Saya Qalesha. Saya nak tanngan robot. Boleh tolong saya tak?,” tulis kanak-kanak OKU itu.

Qalesha yang kudung tangan kirinya memegang kadbod tersebut sebelum gambarnya tular di media sosial.

Menurut Saujana Rejab, individu yang memuat naik gambar itu di Facebook, Qalesha bercita-cita ingin menjadi seorang juruterbang apbila dia sudah dewasa kelak.

CempedakCheese

1211