Coronavirus Ragut 717 Nyawa, Atasi Kematian Akibat SARS

Pegawai perubatan memakai pakaian perlindungan sambil merawat pesakit dalam wad di sebuah hospital di Wuhan, wilayah Hubei, China. – Foto REUTERS

BEIJING : Jumlah kematian keseluruhan akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 717 hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 81 kematian terbaharu.

Perangkaan itu mengatasi jumlah kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang meragut hampir 650 nyawa di tanah besar China dan Hong Kong pada 2002 – 2003.

Jalan masuk ke daerah Wuhan, Hubei disekat akibat berikutan wabak coronavirus novel. – Foto REUTERS

Dalam perkembangan terkini, suruhanjaya kesihatan Hubei turut mengesahkan penemuan 2,841 kes baharu di wilayah berkenaan, iaitu lokasi kali pertama virus terbabit dikesan akhir Disember lalu. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *