Koronavirus: Sabah Perketat Larangan Masuk Di Semua Laluan

KOTA KINABALU: Sabah memperketatkan kawalan kemasukkan di semua pintu masuk di negeri ini meliputi laluan udara, darat dan laut dalam usaha mengawal penularan wabak koronavirus.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) dalam satu kenyataan berkata, semua pelancong yang telah mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lalu dilarang daripada memasuki Sabah.

Larangan tersebut turut berkuatkuasa ke atas semua rakyat Malaysia yang bukan pemastautin Sabah yang telah berkunjung ke China dalam tempoh dua minggu lalu.

“Mana-mana Sabahan, pemastautin tetap dan rakyat Sabah yang menggunakan permit kerja, pas pelajar, lawatan sosial jangka panjang yang baru balik dari China adalah diwajibkan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Semua penumpang dari China yang menggunakan penerbangan transit tidak akan dibenarkan masuk ke Sabah,” kata pejabat itu.

Menurut Pejabat SKN, rakyat China yang masih berada di Sabah dinasihatkan untuk meninggalkan negeri ini sebelum visa mereka tamat tempoh.

Bagi yang memiliki visa tamat tempoh, mereka hanya dibenarkan memohon sekali penyambungan untuk tempoh tujuh hari sahaja.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *