Terkini: KKM Sahkan Seorang Lagi Rakyat Malaysia Positif Koronavirus

Menerusi siaran langsung kenyataan media ucapan dari Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkifly telah mengesahkan dua lagi kes novel Koronavirus yang berlaku di Malaysia.

Mangsa yang merupakan adik kepada kes pertama rakyat tempatan 41 tahun dari Selangor kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Manakala, seorang mangsa lagi adalah pelancong dari China.

Ini menjadikan keseluruhan 14 kes positif di Malaysia setakat ini iaitu empat rakyat tempatan dan sepuluh warga China.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/182442136297791/

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *