TERKINI: Gempa Bumi Berkekuatan 6.4 Magnitud Gegar Selatan Filipina

Gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud dilaporkan menggegar kawasan Selatan Filipina, menurut tweet yang dimuat naik CNN Filipina sebentar tadi.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku kira-kira 9.40 malam waktu tempatan dengan pusat gempa dilaporkan terletak kira-kira 110 km dari Tenggara Bandar Jose Abad Santos di Davao City pada kedalaman kira-kira 10 km.

Tiada laporan mengenai kerosakan harta benda atau nyawa serta sama ada amaran tsunami dikeluarkan atau sebaliknya.

Sumber: Twitter

3646