(VIDEO) Tular Rakaman Pesakit Dipercayai Demam Menggelupur Teruk, Didakwa Dari Hopital Di Wuhan

Satu video didakwa pesakit koronavirus sedang mengalami kekejangan di atas katil hospital tular di laman Twitter semalam.

Dalam video itu, seorang pesakit menggelupur di bawah selimut tebal sementara seorang wanita memegang kepala pesakit berkenaan diperhatikan orang ramai yang ketakutan.

Melalui kapsyen yang dimuat naik bersama video berkenaan, pemilik akaun Twitter itu mendakwa ia dirakam di sebuah hospital di Wuhan.

Koronavirus boleh menyebabkan sawan dan kekejangan kepada pesakit yang mengalami demam.

Video tersebut menunjukkan orang tempatan yang didakwa terpaksa menunggu lama sehingga 2 hari untuk mendapatkan giliran rawatan di Wuhan, lapor The Sun.

Sumber: TwitterThe Sun

13049