Coronavirus: Doktor Di Hospital Hubei Maut

Pesakit menunggu giliran untuk diperiksa pasukan perubatan di Hospital Palang Merah Wuhan di Wuhan. – Foto AFP

BEIJING: Seorang doktor di hospital di wilayah Hubei, China disahkan maut dipercayai akibat jangkitan virus coronavirus.

Media sebelum ini melaporkan Jabatan Kesihatan Wilayah Hubei mengesahkan 15 lagi kematian dan 180 kes baharu jangkitan coronavirus dikesan di wilayah itu ketika wabak itu semakin meningkat.

Wabak yang bermula di Wuhan, ibukota wilayah Hubei, mendorong China untuk meningkatkan langkah-langkah menyekat penularan virus termasuk menggantung pengangkutan awam di 10 bandar raya, menutup kuil sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina dan menutup sebahagian Tembok Besar.

Coronavirus yang baru dikenal pasti mencetuskan kebimbangan kerana tidak banyak diketahui mengenai virus ini seperti tahap bahayanya dan betapa mudah ia boleh disebarkan antara manusia.

Ia boleh menyebabkan radang paru-paru, yang menyebabkan kematian dalam beberapa kes. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *