Koronavirus : Angka Kematian Meningkat Kepada 41 Orang, Ragut 16 Nyawa Dalam 24 Jam

Wuhan: Jumlah kematian akibat koronavirus di sini meningkat kepada 41 orang berbanding 25 semalam.

Peningkatan itu turut disertai penambahan mangsa yang terjangkiti dari 830 kepada hampir 1300 orang dalam tempoh 24 jam.

Sekurangnya 444 kes baru dikesan, meningkatkan jumlah jangkitan kepada 1,287, kata Suruhanjaya Kesihatan dalam satu kenyataan, lapor Channel News Asia.

Kesemua kematian berlaku di dalam pusat penularan wabak iaitu di bandar Wuhan.

Lantaran penyebaran wabak yang pantas, beberapa bandar di wilayah Hubei termasuk Wuhan dikuarantin dengan lebih 20 juta penduduk di dalamnya.

Wabak itu telah merebak kepada lebih 30 daerah dan beberapa negara termasuk Korea Selatan, Amerika Syarikat, Thailand dan Singapura.

Sumber: Channel News Asia

1460