(VIDEO) “Tiba-Tiba Rebah”, Ramai Penduduk Dijumpai ‘Mati’ Terbaring di Merata Tempat Sekitar Wuhan

Satu dunia tengah takut dengan penularan wabak coronavirus yang berasal dari Wuhan, China apatah lagi penyakit itu telah menyebabkan 25 kematian setakat ini.

Penduduk di Wuhan kini dikuarantin dan dinasihati agar tidak keluar dari bandar itu untuk mengelakkan jangkitan coronavirus lebih meluas.

Viral di internet tentang penduduk di Wuhan yang tiba-tiba pengsan dan terbaring di atas lantai tidak bergerak kerana wabak itu. Menurut Daily Star, beberapa video tersebar di media sosial menunjukkan individu ‘mati’ terbaring di bandar yang kini digelar ‘zombieland‘ itu.

Individu itu semua dikatakan menjadi lemah dan tidak mampu lagi berdiri menyebabkan mereka hanya terlantar di atas lantai tanpa respon. Sebuah video mendapat perhatian ramai menunjukkan seorang pesakit terbaring atas lantai di depan kaunter ketika berada di hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam sebuah video yang lain, seorang individu berpakaian serba hitam dilihat terbaring tanpa respon di tempat awam dekat bandar Wuhan.

Bahagian kepala individu itu juga boleh dilihat berlumuran darah dan ambulan serta pasukan medik turut berada di tempat kejadian untuk mengambil tindakan sepatutnya.

Antara simptom coronavirus adalah demam, batuk, sesak nafas dan hidung berair. Orang ramai diseru agar segera ke hospital untuk pemeriksaan jika mengalami mana-mana simptom tersebut.

71716