Polis Penampang Komited Benteras Bunga Api, Mercun Haram

Arisanti semasa memeriksa premis yang menjual mercun di sekitar Putatan dan Penampang.

PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang komited membanteras penjualan bunga api dan mercun haram di sekitar sini sepanjang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, pihaknya melaksanakan satu pemeriksaan proaktif terhadap premis yang menjual bunga api serta mercun diketuai Pegawai Perlesenan IPD Penampang Inspektor Arisanti Aziz.

“Pemeriksaan dijalankan terhadap lapan premis keseluruhan termasuk lima di Penampang dan tiga di Putatan.

Arisanti semasa memeriksa premis yang menjual mercun di sekitar Putatan dan Penampang.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang pelanggaran syarat berkaitan mengimport, menyimpan, berniaga dan bermain bunga api,” katanya.

Tambahnya pemilik premis turut mempamerkan lesen perniagaan dan kebenaran berniaga termasuk stok simpanan jualan bunga api dan mercun yang menyatakan perlu disimpan dalam keadaan selamat.

Timbalan Ketua Polis Negara menerusi kenyataan media menyatakan Kementerian Dalam Negeri meluluskan 44 jenis bunga api dan mercun yang boleh dijual sempena musim perayaan.

Katanya bagi mengelakkan gangguan dan situasi bahaya terhadap orang awam, had tempoh bermain mercun tidak melebihi jam 12 tengah malam dan hanya dibenarkan di kawasan lapang serta selamat.

Arisanti semasa memeriksa premis yang menjual mercun di sekitar Putatan dan Penampang.

“Pemeriksaan seumpama antara kaedah pemantauan dan kawalan oleh pihak Polis Penampang agar pihak penjual sentiasa mematuhi undang-undang dan garis panduan penyimpanannya bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

“Larangan bermain mercun dan bunga api masih berkuat kuasa sehingga kini mengikut Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207),” katanya.

Utusan Borneo