Wira Warisan Lapor Polis Terhadap Akaun Facebook Jinggodok Soraya

KOTA KINABALU: Satu laporan polis dibuat oleh Wira Warisan Sabah di Balai Polis Karamunsing hari ini berhubung status sebuah akaun Facebook bernama Jinggodok Saroya yang disifatkan mengundang prasangkan negatif terhadap Parti Warisan Sabah (Warisan).

Laporan itu dibuat oleh Timbalan Ketuanya, Mohd. Ismail Ayob bagi meminta pihak polis melakukan siasatan terhadap akaun berkenaan.

Mohd. Ismail berkata, dalam status tersebut, pemilik akaun mengaku seorang kakitangan awam bahagian bancian yang membanci daerah dan kampung di seluruh Sabah.

“Dalam status tersebut dia menyatakan bahawa ramai penduduk kampung yang didapati seperti pendatang asing tetapi memiliki kad pengenalan.

“Saya membuat laporan polis kerana risau, tulisan beliau di Facebook boleh menyebabkan ketegangan antara kaum dan agama di Sabah,” katanya dalam laporan itu.

Berdasarkan pemeriksaan, pemilik akaun itu yang dipercayai seorang wanita turut memuatkan beberapa status yang mempersoalkan tentang pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Sementara itu, Mohd. Ismail berkata, beliau kecewa kerana rakyat Sabah yang selama ini dapat hidup aman dan harmoni dalam masyarakat majmuk sejak sejak akhir-akhir ini diapi-apikan oleh sentimen perkauman olehpihak yang tidak bertanggungjawab.

Hadir bersama beliau ketika membuat laporan ialah Ketua Penerangan Wira Warisan Sabah, Mohd Firdaus Diun, exconya, Tsabbit Aqdamana beberapa pimpinan lain.

BorneoToday

3631