Polis Buru 2 Lelaki Dikehendaki Di Lahad Datu

LAHAD DATU; 22 JANUARI 2020 (Rabu) – Polis sedang mengesan dua suspek lelaki dikehendaki disyaki melakukan kesalahan berhubung Kes pukul, Kes Pecah Kereta dan Kes Curi di Lahad Datu, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor dalam kenyataan berkata, dua suspek berkenaan dikehendaki dan akan disiasat atas kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Katanya, kedua-dua suspek dipercayai melakukan Kes jenayah tersebut di kawasan Bandar Sri Perdana pada 18 Januari kira-kira pukul 11.30 malam.

Justeru, ACP Nasri menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan suspek seperti yang tertera pada gambar agar tampil membantu pihak Polis dengan menyalurkan maklumat di balai polis berdekatan atau terus berhubung di talian 089-881255.

#BESTAWAUfm