Lelaki Terpendek Di Bumi Meninggal Dunia

Colombo: Lelaki paling pendek di dunia disahkan meninggal dunia selepas bertarung dengan beberapa masalah kesihatan.

Khagendra Thapa Magar, 27, dari Nepal mempunyai ketinggian 67.08 sentimeter merekodkan nama dalam Rekod Dunia Guinness sebagai pada ulang tahun kelahirannya ke-18 pada 2010.

Khagendra berdepan masalah jantung, asthma dan pneumonia serta disahkan meninggal dunia di hospital Jumaat lalu, sehari selepas dimasukkan ke wad.

Khagendra yang juga duta pelancongan Nepal, dijumpai oleh seorang jurujual ketika berusia 14 tahun.

Dia dibawa ke beberapa acara pameran tempatan dan dibayar oleh kanak-kanak yang mahu bergambar dengannya.

Dia hanya tinggi 7 sentimeter daripada pemegang rekod lelaki terpendek dunia iaitu Junrey Balawing yang tidak boleh berdiri atau berjalan.

Ketua Editor, Rekod Dunia Guinness, Craig Glenday berkata, pihaknya turut bersedih dengan kehilangan Khagendra yang ditemuinya di Itali pada 2010.

“Hidup ini adalah satu cabaran untuk mereka yang bertubuh kecil apatah lagi dengan berat hanya 6 kilogram.

“Namun, Khagendra tidak menjadikan saiz badannya sebagai alasan untuk menikmati hidup. Ia menjadi satu penghormatan kepada kami untuk berkongsi kisahnya dengan seluruh dunia,” katanya. – AFP

3071