‘Saya Terpaksa Sebab Suami Baru Saya Tak Terima Dia’ – Ibu Buang Anak Di Rumah Kebajikan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditinggalkan di pintu rumah kebajikan oleh ibunya yang tidak mahu menjaganya, menurut perkongsian dari pekerja sosial di Thailand. 

Leftenan Kolonel Thawatchai Nanthaphan, Pegawai Penyiasat di Lop Buri, Thailand berkata, si ibu datang ke rumah kebajikan itu pada jam 3.45 petang 12 Januari 2020 dan meminta anaknya menekan loceng pintu. 

Apabila pintu dibuka, kakitangan berkenaan melihat kanak-kanak itu berdiri di depannya sambil membawa beg plastik dan sekeping surat. Dalam masa yang sama, si ibu beredar dari tempat kejadian. 

Dalam surat yang ditulis si ibu mengatakan, dia mahu menyerahkan anaknya ke rumah kebajikan itu untuk dijaga selama-lamanya kerana dia tidak mampu berbuat demikian mahupun memberi masa depan yang baik untuknya. 

Si ibu juga memberi alasan dia miskin dan kini mempunyai keluarga baru serta mahu mencari kediaman baru. Tetapi suami barunya itu enggan menganggap kanak-kanak itu sebagai anaknya. 

“Maafkan saya kerana berbuat begini tetapi saya rasa inilah jalan yang terbaik. Saya sayang anak saya tetapi saya terpaksa,” tulisnya. 

Kanak-kanak itu membawa beg plastik yang berisi pakaian, mainan dan beberapa barangan lain. Turut ditemui kesan lebam dan parut pada badan mangsa yang disyaki kesan penderaan. 

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Sumber: Ake SrisuwanWorld of Buzz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *