Iran Sudah Mengaku, Netizen Mula Persoal ‘Dalang’ Nahas MH17

Menerusi laporan beberapa akhbar, Iran sebentar tadi telah mengaku bahawa mereka terlibat dalam nahas pesawat penumpang yang mengorbankan seramai 176 nyawa.

Pesawat itu dikatakan secara tidak sengaja ditembak dalam serangan peluru berpandu selepas beberapa minit berlepas daripada lapangan terbang Khomeini.

Sebelum ini, pihak Iran telah mendakwa nahas pesawat itu berpunca daripada masalah teknikal. Namun, sebentar tadi kecoh di ruangan akhbar antarabangsa mengatakan Iran mengaku terlibat dalam kejadian itu.

Gambar: Bloomberg
Ekoran itu, timbul persoalan dalam kalangan netizen yang tertanya-tanya dalang disebalik nahas 2014 yang masih belum terjawab sehingga kini. Sedangkan, Iran telah mengeluarkan kenyataan mengaku terlibat dalam nahas pesawat Ukraine.

Kejadian yang menimpa pesawat milik Ukraine itu sememangnya mirip dengan kejadian yang menimpa pesawat Malaysia Airlines, MH17. Apa tidaknya, MH17 juga secara tidak sengaja ditembak ketika berlaku konflik antara Rusia dan Ukraine pada Julai 2014.

Gambar: Bernama
Nahas pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak di udara telah mengorbankan seramai 298 penumpang dan anak kapal. Kejadian itu merupakan episod hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Persoalan dalam kalangan netizen terhadap dalang nahas MH17 sehinggakan ianya menjadi trending di laman Twitter. Walau bagaimanapun, diharapkan kejadian ini dapat diselesaikan dengan segera selepas lebih 5 tahun belum terjawab.

Sumber: Twitter

2368