Allyson Danylko, 24 mengalami kecederaan yang parah dibahagian hidungnya selepas diserang bekas teman lelaki.
Wanita yang berasal dari Toronto itu mendakwa bekas kekasihnya itu menjadi marah apabila dia cuba untuk mengakhiri hubungan mereka.
Bekas teman lelakinya, Nick Grewal, 30 dipercayai mengetuk bilik mandi dan terus menyerangnya. Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada sebahagian hidungnya yang digigit itu di makan atau dibuang ke dalam mangkuk tandas.
“Hidung saya berdarah tetapi saya berjaya melepaskan diri dan mendapatkan bantuan daripada jiran. Polis datang dan akhirnya saya dibawa menaiki ambulans,” katanya.
Terdahulu, pasangan itu meraikan sambutan tahun baru bersama sebelum mereka mula bergaduh di sebuah kelab malam.
Situasi bertambah buruk apabila mereka kembali ke rumah Grewal.
Pergaduhan mereka itu berpunca gara-gara teman lelakinya itu cemburu mengenai perancangan untuk bercuti ke Costa Rica tanpa dirinya.
Bekas kekasih nya itu telah diberkas oleh pihak berkuasa.
Sumber : Metro.uk