(VIDEO) Anifah Cerita Pengalaman Tunggu 2 Jam Mahu Jumpa Shafie

PRK KIMANIS: Bekas anggota parlimen Kimanis, Anifah Aman mendakwa Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal gagal membawa masuk pembangunan ke kawasan itu.

Beliau menceritakan pernah menunggu selama dua jam di pejabat Shafie ketika beliau menjadi menteri pembangunan luar bandar dan wilayah bagi memohon projek pembangunan untuk Kimanis.

“Saya membawa pemintaan rakyat Kimanis mohon RM50 juta untuk projek pembangunan termasuk lampu, air, jalan-jalan kampung…dia bagi saya tunggu, saya juga menteri, dua jam (tunggu) di pejabat dia.

“Saya mahu balik (meninggal pejabat Shafie)… saya fikir dia tidak akan bagi lagi masa untuk jumpa, ini untuk kepentingan rakyat Kimanis.

“Dua jam dia keluar…saya tahu dia bukan ada mesyuarat, tapi dia sengaja mahu tunjuk kuasa dia…Dia mahu saya tunggu di luar (pejabat).

“Saya kira mahu jelaskan, apa (projek pembangunan) yang di Kimanis, apa yang perlu di Membakut, apa yang perlu di Bongawan…dia ambil sampul surat itu dia masuk pejabat tarik pintu…sampai ke pilihan raya tidak ada apa-apa (projek),” katanya ketika ceramah perdana Dun Bongawan, Kimanis, malam tadi.

Hadir sama Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga presiden Umno dan Pengerusi BN Sabah Bung Mokhtar Radin.

Sumber: KiniTv

1050