Tidak dapat menerima makanannya dikerumuni oleh semut, seorang suami tergamak menyimbah isterinya dengan air panas bagi melepaskan kemarahannya dalam kejadian yang berlaku di Jawab Barat, Indonesia.
Lelaki 25 tahun itu menyiram air panas di belakang isterinya serta melepaskan geramnya dengan menumbuk dan menendang mangsa.
Pihak polis mengesahkan bahawa suspek telah ditahan di Jalan Sudirman Garut, Jawa Barat semalam. Isterinya juga telah menerima rawatan di hospital.
Keganasan rumah tangga itu berlaku pada khamis minggu lalu di rumah pasangan tersebut di Desa Sagara, Kecamatan Cibalong. Namun, perbuatan suspek yang diketahui pada hari jumaat dan mangsa segera dibawa ke Pusat Kesihatan Cibalong.
“Kulit mangsa melecur akibat terkena air panas tersebut. Suspek masih lagi disoal siasat berkaitan kes keganasan rumah tangga ini,” kata pegawai polis.
Sumber: Tribun News