PDM BN Bandau Masih Beroperasi – Bung

MEMBAKUT: Pengarah Gerakan PRK Kimanis Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta penyokong dan jentera Barisan Nasional (BN) agar terus fokas mendekati pengundi dalam tempoh berbaki seminggu lagi masa berkempen.

Katanya mereka jangan terpengaruh dengan provokasi pemimpin Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mendakwa PDM BN Bandau telah ditutup.

“Sukacita saya maklumkan markas induk PDM Bandau masih beroperasi seperti biasa. Yang didakwa ditutup itu hanyalah sub markas cawangan yang mana segelintir individu terbabit mempunyai kemahuan peribadi tetapi tidak tertunai keluar parti dan mendakwa markas terbabit ditutup dan cuba disensasikan di media sosial dan media cetak,” katanya ketika ditemui disini sebagai mengulas dakwaan markas PDM Bandau sudah ditutup.

Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bandau, Norliza Abdullah (tengah) bercakap pada sidang media sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Kimanis di Bandau, Kimanis, Sabah. foto FAREEZ FADZIL, 10 JANUARI 2020

Menurut Bung sebelum ini ada permintaan untuk mewujudkan sub markas PDM Bandau dengan alasan markas induk terlalu jauh, justeru kita berikan pertimbangan untuk membuka satu lagi sub markas di sini.

“Untuk makluman juga, Razali Daud bukan Ketua Markas PDM Bandau. Dia hanya ketua Sub markas dan Ketua Markas PDM BN Bandau yang sebenar ialah Nurliza Mait,” katanya.

Menurut Bung BN berjuang atas dasar memperjuangkan hak rakyat yang tertindas dan tertipu oleh janji manis kerajaan PH/WARISAN terutamanya isu-isu kos sara hidup dan Pas Sementara Sabah (PSS) yang boleh mengancam masa depan penduduk asli Sabah khususnya generasi muda akan datang.

“Kita berjuang atas kepentingan ini bukan atas kepentingan individu yang lebih mengharapkan imbuhan dari perjuangan yang sebenarnya,” katanya.

Tambahnya BN menghormati keputusan beberapa individu yang tidak lagi ingin bersama dalam perjuangan BN kerana golongan ini lebih mengutamakan kehendak peribadi dan ianya tidak mencerminkan kehendak keseluruhan rakyat di negeri ini khususnya di Parlimen Kimanis.

“Kita teruskan perjuangan fokus untuk memperhebatkan kempen rumah ke rumah dengan memberi penjelasan tentang isu-isu yang relevan dengan kehidupan rakyat masa kini, insyaAllah dengan sokongan dan keinsafan rakyat BN akan memperolehi kemenangan dalam PRK kali ini,” katanya.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *