(VIDEO) Baghdad Diserang, Dua Roket ‘Tembus’ Zon Hijau

Selepas serangan peluru berpandu yang dilancarkan daripada Iran semalam, satu lagi serangan dilaporkan telah berlaku menghala ke Baghdad.

Menurut laporan media antarabangsa, dua siri letupan kedengaran pada lewat malam Rabu waktu tempatan.

Memetik daripada sumber keselamatan, Agence France-Presse telah melaporkan bahawa dua roket telah meledak sehingga menyebabkan kebakaran dan letupan di kawasan ‘Green Zone’ yang dipenuhi bangunan kerajaan dan kedutaan asing.

Menurut sumber yang lain, salah satu daripada roket terbabit meletup berhampiran kedutaan AS. Walau bagaimanapun, sehingga kini tiada lagi kecederaan yang dilaporkan.

Sumber: Washington Times / Barzan Sadiq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *