‘Love Bite’ Bongkar Perbuatan Keji Teman Lelaki Ibu

Sekadar Gambar Hiasan

Tawau: Kesan gigitan pada bahagian leher seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun membongkar perbuatan keji yang dilakukan teman lelaki kepada ibu mangsa. 

Lebih keji lagi apabila suspek melakukan perkara terkutuk itu di hadapan ibu kandung mangsa dalam kejadian di Kampung Otentik, Tanjung Batu Laut, dekat sini. 

ACP Peter Umbuas

Perbuatan suspek dan ibu kandungnya itu terbongkar ketika bapa mangsa mengambil kanak-kanak itu, Jumaat lalu. 

Menurut sumber bapa mangsa berusia 29 tahun itu mendapati terdapat kesan merah di bahagian leher anaknya sebelum mangsa mengaku dihisap di leher oleh teman lelaki kepada ibunya. 

Susulan kejadian itu bapa mangsa yang bekerja sebagai nelayan mengambil keputusan membuat laporan polis, kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Otentik, Tanjung Batu dan berjaya menahan pasangan kekasih itu, kelmarin. 

“Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek adalah warga tempatan manakala wanita berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri dipercayai berasal dari negara Filipina,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

SabahNewsToday 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *