Warga Paskitan Ditahan Bersama 1,570 Kotak Rokok Seludup

Warga Pakistan ditahan bersama rokok cuba diseludup.

BELURAN: Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) Beluran merampas 1,570 bungkus rokok pelbagai jenis dipercayai cuba diseludup oleh seorang lelaki warganegara Pakistan di Jalan Paitan, dekat sini semalam. 

Pegawai Pemerintah Batalion 20 PGA Beluran, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata dalam kejadian pukul 1 petang itu PGA bertindak menahan kenderaan mencurigakan jenis Toyota Vigo dipandu suspek berusia 37 tahun. 

Anggota PGA Beluran menunjukkan 1,570 bungkus rokok pelbagai jenis yang dirampas

“Hasil pemeriksaan di bahagian ruangan belakang kenderaan, 1,570 bungkus rokok pelbagai jenis ditemukan yang ditutup menggunakan kanvas.

“Siasatan mendapati rokok bernilai RM28,700 itu diseludup dari negara Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Mohd Nasaruddin berkata suspek dipercayai pembekal rokok di kawasan ladang sekitar Paitan untuk dijual.

Katanya suspek kini ditahan manakala semua rokok berkenaan dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967.

Rokok pelbagai jenama disembunyi di ruang belakang kenderaan dan ditutup menggunakan kanvas.

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *