Arash Pourzarabi, 26 dan Pouneh Gourji, 25 tidak menyangka tanggal 8 Januari 2020 bakal menjadi hari penerbangan terakhir mereka. Apa yang mereka fikir, mereka hanya ingin memulakan hidup baru di negara tanah tumpah darah mereka setelah melangsungkan pernikahan di Iran tiga hari sebelumnya.
Kedua-dua pengantin yang merupakan graduan di Tehran Sharif University ini antara 63 orang warga Kanada yang terkorban dalam tragedi pesawat PS752 yang terhempas sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini, Tehran, Iran.
Mereka menyertai penerbangan berkenaan bersama empat rakan lain serta 24 warga Iran-Kanada yang berasal dari Edmonton, Kanada, kata Reza Akbari, Presiden Persatuan Warisan Iran di Edmonton.
Tragedi ini merupakan satu berita duka yang mengejutkan seluruh komuniti. Selain mereka, Siavash Ghafouri Azar dan Sara Mamani juga merupakan pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan pernikahan di Iran.
Pasangan yang merupakan jurutera itu dilaporkan baru sahaja membeli sebuah rumah di pinggir bandar Montreal untuk memulakan hidup baru.
Antara yang terkorban
Antara mangsa tragedi yang lain adalah ahli akademik, keluarga dan kanak-kanak.
Punca tragedi
Pesawat PS752 milik Ukraine itu dilaporkan terhempas sebaik sahaja berlepas dari Iran ke Kanada. Pihak berkuasa mendakwa kemalangan itu berlaku disebabkan kegagalan enjin pesawat.
Walaubagaimanapun, ada pihak meragui dakwaan tersebut berikutan usia pesawat agak baru dan ia telah diperiksa beberapa hari sebelum penerbangan itu.
Sumber: Daily Mail