Pemancing Hilang Dikhuatiri Dibaham Buaya

TAWAU; 9 JANUARI 2020 (Khamis) – Seorang Pemancing hilang dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Kalumpang, Jalan Tawau – Semporna masih belum ditemukan setakat pukul 7 malam, Semalam.

Mangsa Binyojinnul, 36 tahun, dilaporkan hilang dipercayai ketika sedang menjalankan aktiviti memancing di tepi sungai berkenaan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Tawau diketuai PBKII Zougarana Konin dengan tujuh anggota menjalankan operasi Mencari dan Menyelamat (Surface Searching – SAR) di kawasan lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang sebaik menerima panggilan kecemasan.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat Tawau menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.43 petang dan respon ke lokasi kejadian pada jarak 62 kilometer dari balai dengan dua jentera.

Operasi SAR ditamatkan kira-kira pukul 7.10 malam dan disambung keesokan hari (khamis).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *