Terpulang Kalau Mahu Saman: Bung Moktar

Bung Moktar Radin

KIMANIS: UMNO Sabah tidak gusar sekiranya Parti Warisan Sabah (WARISAN) mahu mengambil tindakan untuk menyaman Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, apa juga tindakan yang akan diambil WARISAN, ia terpulang kepada parti berkenaan.

Menurutnya, Presiden WARISAN Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal boleh mengambil apa juga tindakan berhubung dakwaan yang mengatakan Mohamad mengumpamakan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis seperti pertembungan ‘Malaysia lawan Filipina’.

“Ini negara bebas, dia (Shafie) boleh saman. Tapi, saya tidak fikir Mohamad berkata demikian (Malaysia lawan Filipina).

“Sesiapa pun boleh saman kerana sekarang semua orang pun pergi ke mahkamah.

“Namun, setakat ini kami masih belum menerima sebarang saman daripada WARISAN,” katanya ketika ditemui media di sini.

Sebelum ini, Shafie memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad kerana memfitnah WARISAN.

Beliau turut menuntut supaya Mohamad meminta maaf atas kenyataannya berhubung isu berkenaan dan jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan saman.

Laporan sebuah portal memetik Mohamad sebagai berkata, pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan WARISAN dalam PRK Kimanis umpama perlawanan antara Malaysia dengan Filipina.

Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *