(VIDEO) Mati Selepas Beri Tips Panjang Umur

Chen Peiwen

GUANGDONG: Seorang lelaki yang juga pengerusi syarikat kesihatan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas memberikan tips panjang umur.

Chen Peiwen, 65, mengetuai syarikat yang menjual produk perubatan tradisional China.

Daily Mail melaporkan, dia rebah di atas pentas selepas memberikan ucapan dalam kejadian yang berlaku November lalu di selatan China .

Dia pernah melakukan pembedahan pintasan jantung 20 tahun lalu.

Syarikat berkenaan menjual tonik istimewa yang didakwa mengandungi pelbagai herba dan boleh merawat gout.- Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *