Tawau Menuju Status Bandaraya Pintar

Amirullah

250 ekar tanah Airport Lama berpotensi dijadikan ‘Smart City’

TAWAU: Tanah seluas 250 ekar di Airport Lama berpotensi diwujudkan ‘Smart City’ untuk menjadikan daerah ini ke arah bandaraya pintar tahun 2020.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Amrullah Kamal berkata cadangan untuk membangunkan ‘Smart City’ di tanah seluas 250 ekar di Airport Lama merupakan suatu yang tepat dan akan dikemukakan kepada Ketua Menteri Sabah.

Image result for airport lama tawau
Lapangan Terbang Lama Tawau

“Sekiranya cadangan tersebut diluluskan, kita akan mencari pelabur-pelabur yang boleh membangunkan tanah tersebut mengikut spesifikasi yang pihak kerajaan mahukan,” katanya semasa ditemui, disini kelmarin.

Beliau berkata, ‘Smart City’ yang ingin diwujudkan haruslah bercirikan digital dan mempunyai kemodenan selari dengan kemahuan kita untuk menaiktarafkan bandar Tawau menjadi sebuah bandaraya.

“‘Smart City’ yang kita mahukan haruslah bersifat ‘Happy City’ iaitu mewujudkan kegembiraan semua rakyat. Hal ini kerana, kejayaan sesuatu perancangan diukur apabila wujudnya pembangunan yang boleh mengembirakan semua rakyat,” katanya lagi.

Amrullah berkata, kita akan menyediakan pengangkutan awam yang lebih efision untuk memberi keselesaan kepada rakyat seperti yang terdapat di bandaraya lain.

“Sekiranya kita dapat menyediakan pengangkutan awam yang baik seperti Bas Rapit, kemungkinan masyarakat akan berpindah untuk menaiki bas awam daripada memandu kenderaan sendiri dan ini akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Amrullah berpuas hati landskap dalaman pejabat MPT yang baharu.

“Hari ini kesemua laluan utama sesak lebih-lebih lagi waktu puncak. Oleh itu, sekiranya mahu mewujudkan ‘Smart City’ penyediaan pengangkutan awam adalah perkara yang menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Menurutnya, pihak MPT sudah menjemput beberapa entiti termasuk prasarana untuk berbincang berkaitan Bus Rapit Transit (BRT) dan kita akan mengemukakan satu cadangan kepada Ketua Menteri bersama Kementerian Pengangkutan bagi mendapatkan pandangan mereka.

“Pada bulan Ogos tahun lalu, pihak entiti prasarana tersebut sudah memberikan penerangan di MPT dan sekiranya kita sudah mendapat kelulusan daripada pihak Ketua Menteri, kita akan mengadakan rundingan seterusnya bersama mereka,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Amrullah berkata, buat masa kini juga terdapat empat kelompok kawasan setinggan yang menduduki tanah tersebut dan pihak MPT akan memberikan penjelasan kepada penghuni kawasan yang terlibat.

“Cadangan kita, kemungkinan keempat-empat kelompok terbabit akan dikumpulkan di sebelah utara yang berkeluasan 30 ekar daripada 250 ekar tanah tersebut,” katanya lagi.

Tambahnya, kita mahu daerah Tawau bersedia lebih awal sementara ibu kota Indonesia berpindah ke Kalimantan supaya membolehkan daerah ini dijadikan destinasi pilihan rakyat negara itu sewaktu dalam pembinaan Kalimantan.

“Setakat ini kita sudah mewujudkan Tamu Ahad Sabindo (TAS) dan ‘Chester Night’ sebagai persediaan menyambut kehadiran rakyat Indonesia yang difahamkan pembinaan Kalimantan fasa pertama tahun 2024,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *