TERKINI: Gempa Bumi Landa Sabah, Gegaran Mungkin Dirasai Di Sekitar Ranau

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui satu kemas kini di laman facebooknya memaklumkan satu kejadian gempa bumi lemah melanda kawasan Ranau, Sabah pada 2.04 petang tadi.

Gempa bumi berkenaan yang berkekuatan 2.8 skal Richter dilaporkan berlaku kira-kira 2km Tenggara Ranau pada kedalaman 5km.

Gegaran dimaklumkan mungkin dirasai di kawasan sekitar Ranau.

Sumber: MetMalaysia

42343