19 Individu Ditahan Dalam Op Sarang Di Sekitar KK

Antara individu yang ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu. – Gambar Ihsan Polis

KOTA KINABALU, 29 Dis: Seramai 19 individu ditahan atas pelbagai kesalahan penyalahgunaan dadah dalam operasi dijalankan di sekitar Kota Kinabalu termasuk Manggatal selama seminggu bermula 21 Dis lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata kesemua individu ditahan itu berumur antara 21 hingga 44 tahun termasuk dua daripada mereka adalah warga asing.

Antara individu yang ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu. – Gambar Ihsan Polis

“Polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 43.27 gram yang dianggarkan bernilai RM6,490.50,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Habibi berkata usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya akan sentiasa diperhebatkan demi kesejahteraan dan ketenteraman awam.

Antara individu yang ditahan dalam Op Sarang yang dijalankan di sekitar Kota Kinabalu. – Gambar Ihsan Polis

Orang ramai turut diminta memberi kerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kepada Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu (IPD) di talian 088-529 220 atau menerusi Facebook IPD Kota Kinabalu, katanya.

BERNAMA

2275