Dipercayai Beragama Islam, Kecantikan Selebriti Uighur Ini Tarik Lebih 65 Juta Pengikut

Memiliki wajah menawan, berkulit mulus dan bermata bulat, Dilraba Dilmurat membuatkan ramai orang terpesona melihat kecantikannya baik lelaki atau wanita.

Jika dilihat pada namanya sahaja, pasti ramai yang tertanya-tanya asal usul gadis ini yang berbeza dengan selebriti China yang lain, bahkan mungkin ada yang terfikir jika dia mempunyai darah campuran.

Dilraba Dilmurat (دىلرەبا دىلمۇرات) atau dikenali sebagai Dilireba merupakan aktres berketurunan Uighur yang dilahirkan di Urumqi, ibu negeri Xinjiang atau dahulunya dikenali sebagai Turkistan Timur.

Sebab itulah wajahnya juga berbeza daripada selebriti Asia yang lain.

Artis yang kini telah menarik lebih 65 juta pengikut di laman sosial China (Weibo) memulakan kerjayanya sebagai watak utama dalam filem Uighur bertajuk “Anarhan” pada 2013 yang diadaptasi dari kisah benar.

Filem itu berlatarbelakangkan sebuah kampung di Kashgar, Xinjiang pada tahun 1940 hingga awal 1950, ketika mana penduduk di sana memperjuangkan kemerdekaan wilayah berkenaan.

Dilahirkan di wilayah Xinjiang dan beretnik Uighur yang kebanyakannya beragama Islam, selebrirti ini sering menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat. Walaupun tidak pernah mengakui keIslamannya, ada peminat yang percaya bahawa beliau merupakan seorang yang beragama Islam.

Sumber: My Dramalist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *