PRK Kimanis: USNO & PAS Sah Tidak Bertanding, Sokong UMNO

KOTA KINABALU: Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Semasa dihubungi Utusan Borneo di sini semalam, kedua-dua parti juga mengesahkan sokongan mereka kepada calon pilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

MUSLI
Musli Oli

Ketua Penerangan USNO Musli Oli berkata parti itu tidak akan bertanding pada PRK Kimanis kerana lebih menumpukan perhatian kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Kita juga tidak mengetengahkan calon pada PRK Kimanis kerana USNO Bahagian Kimanis belum ditubuhkan, serta berhadapan isu kewangan dan logistik,” katanya.

AHMAD
AHMAD

Ketua Penerangan PAS Sabah Ahmad Dullah pula mengatakan keputusan parti itu untuk tidak bertanding pada PRK Kimanis dicapai hasil musyawarah di peringkat kepimpinan.

 Menurutnya, PAS akan memberikan sokongan kepada calon pilihan UMNO sebagai rakan kerjasama mereka dan pendirian itu juga sudah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

 “Walaupun kita tidak bertanding kali ini, namun PAS Sabah akan turun membantu UMNO sepanjang musim kempen PRK Kimanis berlangsung kelak,” katanya.

Utusan Borneo

1528