Perhimpunan ‘Black Sunday’ Bantah PSS Terkawal

Peserta perhimpunan aman ‘Black Sunday’ memegang banner membantah pelaksanaan PSS.

KOTA KINABALU: Hampir 100 orang menyertai perhimpunan aman ‘Black Sunday’ yang berlangsung di Dataran Deasoka, di sini pagi tadi, bagi membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Perhimpunan bermula kira-kira jam 10 pagi dengan peserta berkumpul secara aman dengan kawalan ketat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Pasukan Light Strike Force.

Pemimpin yang hadir pada perhimpunan aman ‘Black Sunday’ di Dataran Deasoka, Kota Kinabalu.

Peserta yang berhimpun memakai baju T hitam dengan mengikat lilitan kain merah di kepala.

Mereka turut melaungkan bantahan terhadap pelaksanaan PSS.

Turut hadir pada berhimpunan itu Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee dan Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joniston Bangkuai.

Peserta perhimpunan aman ‘Black Sunday’ memegang banner membantah pelaksanaan PSS.-

Ketiga-tiga pemimpin turut berucap bagi membantah pelaksanaan PSS dan meminta kerajaan mengkaji semula pemberian dokumen berkenaan.

Walaupun hujan, peserta perhimpunan tidak berganjak untuk mendengar ucapan ketiga-tiga pemimpin berkenaan.

Peserta hanya mula bersurai selepas pengerusi penganjur Jamain Sarudin selesai berucap kira-kira jam 10.30 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji ketika dihubungi berkata peserta perhimpunan yang hadir dianggarkan hanya 80 orang dan perhimpunan berlangsung secara aman.

“Tiada kejadian diingin berlaku dan peserta perhimpunan bersurai secara aman,” katanya.

Perhimpunan ‘Black Sunday’ berlangsung aman.-

Pada 6 September lalu, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing dipengerusi bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun 2020.

PSS adalah untuk menggantikan tiga jenis dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung.

Image may contain: 5 people, including TJ Jamain, people smiling, people standing and outdoor
Pemimpin yang hadir pada perhimpunan aman ‘Black Sunday’ di Dataran Deasoka, Kota Kinabalu. – Foto Facebook TJ JAMAIN

SabahNewsToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *