7 Warga Filipina Tiada Dokumen Ditahan Dalam Ops PTI

Pasukan serbuan semasa memeriksa dokumen salah seorang individu disyaki. – Foto Ihsan PDRM

KOTA KINABALU: Seramai tujuh warga asing ditahan dalam satu Ops Pendatang Tanpa izin (PTI) bersepadu yang dijalankan di beberapa kawasan di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi majinji berkata operasi pada mulanya memeriksa seramai 32 orang dan 25 daripada mereka dilepaskan selepas berjaya menunjukkan dokumen sah.

Foto Ihsan PDRM

“Operasi dijalankan bermula jam 3 petang dan berakhir pada 7 malam Jumaat dengan pemeriksaan seramai 32 orang, selepas pemeriksaan Jabatan Pendafatraan Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dengan pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 25 dibebaskan bersama dokumen yang sah.

“Tujuh yang ditahan adalah warga Filipina berumur 17 hingga 39 tahun dan kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan tangkapan yang didapati terlibat penagihan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambahnya operasi dijalankan di kawasan yang berpotensi mempunyai kehadiran PTI yang tinggi dan mengundang kepada jenayah di sekitar sini.

Habibi berkata operasi akan dipergiat dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan bandaraya sentiasa terpelihara dari sebarang ancaman jenayah.

Sebahagian individu yang diperiksa pada Ops PTI Bersepadu di sini. – Ihsan PDRM
Sebahagian individu yang diperiksa pada Ops PTI Bersepadu di sini. – Ihsan PDRM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *