(VIDEO) Anak Jati Sabah Juara Dunia Gusti Lengan Tewaskan 19 Pesaing Dari Negara Lain Di Poland

Joffey memegang Jalur Gemilang semasa menerima pingat emas Kejohanan Gusti Lengan Dunia baru-baru ini.

Kepulangan Juara Gusti Lengan Dunia, Joffey Jolly Dapat Sambutan Wira Di KKIA

KOTA KINABALU: JUARA DUNIA …Kepulangan juara Gusti Lengan dunia kategori 70kg lelaki senior (tangan kanan) Joffey Jolly disambut meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Kejayaan anak jati Telipok itu menewaskan 19 pesaing dari negara lain dalam kategorinya di Rumia, Poland baru-baru ini menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia, kata Ketua Wira Sepanggar Jumardie Lukman yang turut berada di lapangan terbang menyambut kepulangan Joffey.

Image may contain: 1 person, text

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan keluarga atas kejayaan mengharumkan nama Negeri Sabah khususnya, Malaysia amnya dalam sukan gusti lengan dunia,” katanya.

Joffey berlatih gusti lengan sepenuh masa di bawah kendalian ayahnya sendiri Jolly Johnson.

Pengorbanan Joffey dan ayah beliau yang fokus sepenuh masa pada gusti lengan sejak tahun 2015 akhirnya membuahkan hasil dalam kejohanan dunia anjuran International Federation of Armwrestling itu.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
Image may contain: 6 people, people smiling, indoor

SabahNewsToday

14696