Ibu Kandung Bayi Lelaki Diminta Tampil

ayi lelaki ini ditinggalkan di HDOK Sandakan pada 22 Oktober 2019

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan mengesan keluarga atau waris kepada seorang bayi lelaki yang merupakan mangsa pembuangan bayi.

Pelindung Sharmilla Marzuki berkata kes bayi lelaki berkenaan dirujuk oleh pegawai perubatan hospital di sini kepada pihaknya pada 25 Oktober 2019.

“Bayi yang baru dilahirkan itu ditinggalkan di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan pada 22 Oktober 2019,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Menurutnya kes ini juga sedang diambil tindakan dibawah Seksyen 17(1)(e)(ii) Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2016).

Sehubungan itu, Sharmilla meminta ibu kandung tampil membantu siasatan bagi memudahkan segala urusan berkaitan bayi berkenaan.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh menghubungi beliau di talian 089-668494/667621.

Utusan Borneo

2826