Lelaki Ditahan Rogol Anak Jiran

Gambar Hiasan

BELURAN: Seorang lelaki warga Filipina ditahan polis selepas didakwa merogol remaja 13 tahun sejak Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata suspek berumur 55 tahun ditahan selepas diserahkan oleh ayah mangsa kepada pihak polis.

Beliau berkata mangsa yang berumur 13 tahun mendakwa dirogol oleh suspek sejak Julai hingga November lepas.

“Mangsa telah mengadu kepada ibunya apabila tidak tahan diperlakukan sedemikian oleh suspek,” katanya.

Beliau berkata mangsa bersama keluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Telupid lebih kurang jam 12.47 pagi pada 23 November 2019.

Kasim berkata siasatan awal mendapati suspek merupakan pekerja ladang dan tinggal di perumahan ladang berhampiran dengan rumah mangsa.

“Siasatan juga mendapati suspek mengambil kesempatan ke atas hubungan baik keluarga mangsa dengan suspek kerana tinggal bersebelahan rumah,” katanya.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Utusan Borneo

5792