Sri Aman FC & Sainbara FT Mewakili Sabah Ke Gelanggang Raja Futsal 2019

Pengurus dan pemain membambil gambar kenangan di Lapangan terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur hari ini. – Foto Suhaimi Bakar

Sri Aman FC & Sainbara FT akan mewakili negeri Sabah ke pertandingan RAJA FUTSAL 2019 yang akan berlangsung pada 30 nov 2019 di stadium tertutup, Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Pasukan Sainbara FT merupakan juara Raja Futsal Sabah sementara pasukan Sri Aman merupakan Naib Johan sekali gus kedua dua pasukan ini mewakili negeri Sabah.

Pengurus dan Pemain Pasukan Sainbara FT

Menghimpunkan 24 pasukan futsal amatur, yang telah berjaya melepasi pusingan kelayakan selaku juara dan naib juara setiap sirkit Raja Futsal pringkat zon masing masing.

Grand final Raja Futsal 2019 adalah penyertaan pertama buat pasukan Sainbara FT yang berasal dari Tawau dan kali kedua buat pasukan Sri Aman FC .

“Bagi pengurus pasukan Sainbara FT, Saudara Nasir berharap agar pengalaman pertama ini dapat memberi pendedahan positif kepada pemain-pemain pasukan Sainbara FT.

Sementara Pengurus pasukan Sri Aman, En. Suhaimi Bakar berharap agar penyertaan kedua kali ini adalah ruang untuk memperbaiki prestasi edisi Raja Futsal tahun lalu. “

Jurulatih pasukan Sainbara FT, Mohd Hafiz Rustam pula berharap agar para pemainnya tidak memandang remeh keupayaan pasukan lawan dan sentiasa menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam kejohanan Futsal Amatur Terbesar di Malaysia ini. 

2220