Waris Jenazah Naser Bin Sharif Jamahali Dicari

Waris Naser Bin Sharif Jamahali dicari untuk menuntut jenazah di Jabatan Perubatan Forensik HQE.-Gambar SNT/Ihsan HQE

KOTA KINABALU: Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu sedang mengesan waris jenazah lelaki berbangsa Bajau, warganegara Malaysia berumur 65 tahun yang masih belum dituntut.

Pengarah HQE, Dr. William Gotulis berkata jenazah dikenali sebagai Naser Bin Sharif Jamahali beragama Islam telah dimasukkan ke Wad Pembedahan Am pada 3 November 2019.

Pesakit yang menerima rawatan selama lima hari akibat masalah kanser usus disahkan meninggal dunia 8 November 2019.

Sepanjang berada di wad, tidak ada ahli keluarga yang melawat dan bersama pesakit.

Alamat terakhir si mati berdasarkan dokumen peribadi: Kampung Sembulan Tengah, Kota Kinabalu, Sabah.

Sehingga kini tidak ada waris yang datang menuntut jenazahnya. Jenazah telah di hantar ke Jabatan Perubatan Forensik HQE.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai si mati ataupun waris diminta menghubungi pihak HQE di talian 088-517500 atau 088-517555 sambungan 8285.

SabahNewsToday

3019