Skuad B-18 Benam Thailand, Layak Ke Uzbekistan

BARISAN skuad bawah 18 tahun negara bergambar sebelum beraksi menentang Thailand di Kemboja. – Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 18 tahun negara (B-18) negara mengesahkan tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Bawah 19 tahun (B-19) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 selepas menewaskan Thailand 1-0 di Kemboja, sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan anak buah Brad Maloney menggungguli Kumpulan G sekali gus layak ke pusingan akhir di Uzbekistan selaku juara kumpulan.

Lebih membanggakan, Malaysia membuktikan mereka mampu menjadi pencabar sebenar pada pusingan akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan rekod bersih memenangi semua empat perlawanan.

Situasi ini menyaksikan skuad B-18 berjaya mengelak nasib diterima skuad bawah 23 tahun (B-23) dan skuad bawah 16 tahun (B-16) yang gagal mara ke pusingan akhir AFC selepas terkandas pada pusingan kelayakan sebelum ini.

Ketika hanya memerlukan seri untuk layak, jaringan tunggal Muhamad Umar Hakeem pada minit ke-83 memastikan Malaysia meraih kemenangan keempat berturut-turut pada kempen kelayakan kali ini.

160