Banjir Di Membakut Pulih, Semua Mangsa Di PPS Dibenarkan Pulang

KOTA KINABALU, 10 Nov: Kesemua mangsa banjir di Membakut yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Selagon, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini berikutan banjir surut petang ini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa dibenarkan pulang pada pukul 4.00 petang tadi dan PPS itu telah ditutup.

“Terima kasih di atas kerjasama semua agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Diraja Malaysia  yang bertungkus-lumus membantu dalam pengurusan mangsa banjir dengan baik,” katanya kenyataan itu.

Seramai 103 mangsa banjir daripada 32 keluarga dipindahkan ke PPS itu sejak dua hari lepas apabila hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan kampung berkenaan.

BERNAMA

491