Perbanyak Kursus Pendek Dengan Pelbagai Jenis Kemahiran Bantu Isi Rumah Jana Pendapatan

Sarifuddin ketika menyampaikan penghargaan sempena Program Kolej Komuniti Tawau @TVET 2019.

TAWAU; 10 NOVEMBER 2019 (Ahad) – Lebih banyak program yang menawarkan kursus pendek membabitkan pelbagai jenis kemahiran perlu diadakan sebagai usaha memberi pendedahan sekali gus membantu golongan isi rumah menjana pendapatan.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Sarifuddin Hata berkata, pendedahan itu penting bagi menepati keperluan semasa serta industri selain membantu mengurangkan kos perbelanjaan isi rumah berkenaan.

Sarifuddin ketika ditemui median sempena Program Kolej Komuniti Tawau @TVET 2019.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai berkata demikian selepas merasmikan penutupan program Kolej Komuniti Tawau (KKTS) Cakna @ TVET 2019 di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Putih Baharu di Tawau.

Mengenai program berkenaan, Sarifuddin optimis ia dapat melahirkan modal insan berilmu, berkemahiran, berintegriti, beretika, berkualiti serta berdaya saing yang menjadi pemangkin kepada pembangunan negara mencapai matlamat Malaysia sebagai negara maju.

Dalam pada itu, sebanyak 4 buah rumah penduduk Kampung Pasir Putih Baharu turut dipilih untuk pelaksanaan aktiviti pembaikpulih pendawaian dalam usaha membantu dalam Kebajikan masyarakat menerusi aktiviti tanggungjawab Sosial korporat (SCR) sepanjang program KKTS Cakna@TVET berlangsung.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pelaksanaan program yang menawarkan pelbagai Kursus kemahiran serta aktiviti CSR diperluas ke kawasan lain khususnya di Merotai dan pihaknya sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak KKTS dalam usaha membantu penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

Sementara itu, Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Sofian Mohd semasa berucap berkata, program anjuran KKTS dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pasir Putih Baharu berkenaan bertujuan menyediakan akses tertentu kepada program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berkualiti selain menerapkan nilai-nilai kesukarelawanan kepada pelajar yang terlibat.

Program dua hari bermula 9 November disertai 460 pelajar dan penduduk Kampung menawarkan pelbagai kursus pendek antaranya penghasilan roti, Pengurusan jenazah, asas servis motosikal dan penyelenggaraan penghawa dingin.

#BESTAWAUfm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *