Remaja Perempuan Terpedaya Kekasih Minta Keluarkan ‘Sel Darah Putih’

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di Indonesia tidak menyedari dia telah diperdaya oleh teman lelaki yang mengajaknya melakukan hubungan intim kerana lelaki itu berkata dia perlu mengeluarkan ‘sel darah putihnya’.

Mangsa mengaku melakukan hubungan intim dengan lelaki itu untuk membantunya ‘menyembuhkan’ penyakit yang dihidap pasangannya itu.

Kejadian itu dikongsi oleh pengguna Twitter, Giorno Joester, yang menegaskan betapa pentingkan pendidikan seks bagi menghindari kejadian seperti itu berlaku.

Berdasarkan perkongsian perbualan WhatsApp itu, mangsa tidak mengetahui ‘sel darah putih’ yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sperma.


Sumber: SuaraGiorno Joester

46118