Amaran Angin Kencang Laut Bergelora Di Perairan Sabah Ekoran Ribut Tropika Nakri

KUALA LUMPUR, 10 Nov: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan  berhampiran perairan Sabah  ekoran ribut tropika Nakri yang dijangka membadai Vietnam.

MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berdasarkan percerapan pada 5 pagi ini, lekukan ribut tropika itu dikesan terbentuk pada latitud 12.5 utara dan longitud 112.0 timur, kira-kira 618 kilometer (km) ke timur laut bandaraya  Ho Chi Minh, Vietnam.

“Jarak dari bandar terdekat adalah kira-kira 819 km ke barat laut Kudat dan keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi , ribut itu dijangka bergerak ke arah barat dengan kelajuan 15km/j  dan dengan kelajuan angin maksimum 108km/j.

Sumber: Bernama

13659