(VIDEO) Kejamnya Kau Doktor!

Rakaman menunjukkan Tolegen mengasari seorang pesakit kanak-kanak di sebuah klinik. Gambar kecil: Tolegen berdepan hukuman penjara. Foto Agensi

ASTANA (Kazakhstan): Seorang doktor gigi disiasat polis selepas rakamannya mengasari pesakit kanak-kanak yang takut untuk mencabut gigi di sebuah klinik di Aktau, Kazakhstan menjadi tular di media sosial.

Daily Mail melaporkan, Tolegen Mukhambetov, 26, bertindak agresif terhadap kanak-kanak berusia tujuh tahun itu termasuk menghentak badan mangsa ke atas kerusi pesakit.

“Dua jururawat turut berada dalam bilik itu namun mereka tidak menunjukkan rasa bimbang terhadap kelakuan doktor gigi terbabit, lapor TengriNews.

Ibu mangsa, Kyzgaldak Saparova berkata, dia memberitahu doktor itu bahawa anaknya takut untuk mencabut gigi.

“Saya cuba memujuknya selama dua jam supaya dia membuka mulut selain masuk ke bilik itu sebanyak tiga kali,” katanya.

Bagaimanapun, dia yang melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) terkejut melihat insiden itu dan membuat laporan polis.

“Dia melayannya seperti seekor anjing menyebabkan saya terus membuat laporan polis dan tidak akan membiarkannya terlepas,” katanya.

12766