PPM Tahan Dua PATI Indonesia Cuba Masuk Tawau

Suspek lelaki dan wanita warga Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin selepas dipercayai masuk ke negara ini secara haram.

TAWAU: Tindakan seorang lelaki dan wanita warga Indonesia masuk ke negara ini secara haram, gagal selepas mereka ditahan dalam Op Gelora di Sungai Haji Kuning, pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, suspek lelaki, 34, dan wanita, 25, itu ditahan selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Sebelum itu, anggota bertugas menemui satu bot penumpang yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Pelabuhan Tawau.

“PPM menahan bot berkenaan bagi melakukan pemeriksaan rutin sebelum menemui dua individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya kepada media hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Pajeri berkata, pihaknya menahan dua suspek berkenaan dan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk siasatan lanjut.

“Manakala bot penumpang itu dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

BorneoToday

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *