Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditemui mati di dalam biliknya selepas dia bermain permainan komputer tanpa henti.
Mangsa yang berasal dari Udon Thani, Thailand, ditemui dalam posisi melutut di depan meja komputernya, yang dipercayai terjatuh dari kerusi sebelum meninggal dunia.
Doktor berkata, mangsa meninggal dunia akibat jantungnya gagal berfungsi dan telah mati kira-kira 8-1o jam ketika ditemui.
Menurut laporan media tempatan, mangsa merupakan anak sulung dalam keluarganya, juga cemerlang dalam akademi sejak dari awal persekolahan.
Namun, mangsa yang terlalu ketagih dengan permainan video sejak dari kecil.
Ibu bapanya berpisah enam tahun lalu, selepas tamat sekolah menengah, mangsa menyambung pengajiannya di kolej swasta dan mencapai keputusan yang baik, 3.7 GPA.
Sebelum ini, bapanya kerap memberi amaran agar tidak terlalu kerap bermain permainan komputer kerana bimbang prestasi pelajarannya terjejas. Tetapi mangsa tidak mengendahkan larangan itu walaupun sudah berjanji.
Bapanya meluahkan rasa kesal mengenai kejadian itu di Facebook dan memberi peringatan kepada ibu bapa lain agar tidak membiarkan anak mereka ketagih bermain permainan video dan utamakan waktu bersama keluarga.
Sumber: Kahodeb, World of Buzz