(VIDEO) Beruang Sarkas Serang Pelatih Ketika Persembahan, Direnjat Dengan Letrik

Tular satu video di media sosial menunjukkan seekor beruang sarkas menyerang pelatiuhnya ketika sedang melakukan persembahan di Rusia. 

Terdahulu beruang itu menolak kereta sorong yang kemudian mangsa meminta dia berhenti, lalu diberi sedikit makanan sebagai ganjaran.

Tiba-tiba haiwan itu bertindak agresif dan menyerang dan menggigit mangsa menyebabkan penonton kanak-kanak yang ketakutan menjerit.

Tambahan pula, kedudukan tempat duduk penonton dengan pentas sarkas tidak mempunyai pagar. 

Mangsa tidak berupaya melawan haiwan besar itu. Namun rakan sekerjanya datang untuk cuba menghalang dengan menendang haiwan itu.

Bimbang keadaan semakin teruk, pihak sarkas terpaksa menembak beruang itu dengan pistol renjatan elektrik.

Sementara itu para penonton bertempiaran melarikan diri. 

Mangsa dilaporkan cedera tetapi tiada sebarang maklumat penuh didedahkan. 

Sumber: Daily Mail

23