Suami Dipenjara 8 Tahun Kerana Potong Alat Sulit Lelaki Yang Merogol Isterinya

Seorang suami bertindak memotong alat sulit lelaki yang merogol isterinya selepas ternampak mangsa diserang dan dirogol dalam semak berhampiran rumahnya, di Ukraine. 

Si suami yang berusia 27 tahun itu terdahulu dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum ternampak kejadian yang menimpa isterinya itu. 

Suami Mangsa

Difahamkan sebelum kejadian itu berlaku, pasangan itu makan malam bersama beberapa rakan mereka di sebuah restoran yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah dan pulang berasingan pada jam 1 pagi. 

Ketika dalam perjalanan, perogol terbabit, Dmitry Ivchenko, 25, menyerangnya dari belakang, menutup mulut mangsa dari menjerit lalu diheret ke dalam semak. 

Si suami pula beredar dari restoran selepas 10 minit kemudian dan apabila tiba di kawasan kediaman, dia terdengar bunyi bising di kawasan semak lalu memeriksa untuk melihat apa yang berlaku. 

Sebaik ternampak Ivchenko mencekik dan merogol isterinya, si suami terus menumbuk kepala perogol itu sebelum mengeluarkan pisau dan memotong alat sulit Ivchenko. 

Peguam yang mewakili si suami, Dmitry Spaskin berkata, “Anak guaman saya hilang pertimbangan dan tidak memahami apa yang dia telah lakukan,” katanya. 

Jeritan Ivchenko yang meraung kesakitan itu telah membuatkan penduduk di sekitar kawasan itu terjaga lalu bergegas ke lokasi kejadian. 

Ibu suspek terus melaporkan kejadian itu kepada polis, sementara yang lain menghubungi ambulans untuk meminta bantuan. 

“Selepas kejadian itu, si suami terkejut dan beredar begitu sahaja,” kata Dmitry Spaskin. “Dia berjalan sejauh 13 kilometer sehingga ke kampung bersebelahan di mana dia bertemu dengan rakan dan meminta dibawa ke balai polis. 

“13 Oktober jam 7 pagi, dia serah diri pada polis dan mengakui apa yang dia telah lakukan,” katanya lagi. 

Si suami ddidakwa menyebabkan kecederaan dan dikenakan tahanan dalam rumah. 

“Saya tidak dapat jelaskan apa yang berlaku pada saya ketika itu,” kata tertuduh. 

Sementara itu, Dmitry Ivchenko dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan.

Doktor berkata, Ivchenko perlu menjalani rawatan lama dan tidak menyatakan sama ada alat sulitnya dapat disambung semula atau jika dapat disambung semula, berkemungkinan ia tidak dapat berfungsi sepenuhnya. 

Polis juga telah membuka kertas siasatan terhadap Ivchenko yang didakwa merogol. 

“Suspek (penganggur) ditangkap ketika sedang merogol mangsa di dalam semak berhampiran kawasan kediaman itu,” kata jurucakap polis. 

Pendakwaraya Tetiana Vasileva berkata, “perogol itu berkata dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya seminggu lalu dan ketika hari kejadian, dia mengambil minuman alkohol (Vodka).

Dia enggan mengulas lebih lanjut..”. 
Si suami dijangka bakal berdepan dengan hukuman penjara selama lapan tahun jika didapati bersalah, manakala Dmitry Ivchenko berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. 

Sumber: Daily Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *